Pusat
Akses Sekolah mengamalkan konsep ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus
kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang
disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri
(self learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran
secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses
kendiri.
Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah khasnya murid mendapatkan maklumat dan berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat. Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.
Pusat
Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan
mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat
celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat.
Matlamat
· Membudayakan
penggunaan ICT di sekolah
· Mengurangkan
nisbah komputer dengan murid
· Meningkatkan
masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid
Objektif
· Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.
· Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat.
· Membolehkan
murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses
kendiri dengan lebih berkesan.
· Meningkatkan
penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran
Pengurusan
dan Pentadbiran
Pihak pentadbiran sekolah sebagai pelaksana hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah:
Pihak pentadbiran sekolah sebagai pelaksana hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah:
· Merancang,
merangka dan melaksanakan dasar penubuhan Pusat Akses Seolah
· Memantau
pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan Pusat Akses
Sekolah
Memastikan semua aspek keselamatan Pusat Akses Sekolah diutamakan
· Membuat
perancangan kewangan berikut untuk dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri
(JPN) bagi memasukkan dalam AnggaranBelanja Mengurus (ABM)
· Memastikan
setiap laporan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran
Pusat Akses Sekolah dikemukakan kepada pihak yang berkenaan.
Susun
Atur dan Peralatan
Ditempatkan
di satu lokasi sahaja dan bersesuaian dengan ruang yang terdapat di
sekolah. Keluasan minima bagi pusat akses adalah 22.5 m2
(satu bay).
Sekolah
akan menerima 10 buah komputer, satu switch 24 port, satu pencetak, dan
perabot.
Peralatan
tersebut dirangkaikan dengan rangkaian setempat dan dihubungkan dengan
talian SchoolNet.
Perisian
yang dibekalkan bersama dalam setiap komputer ini termasuk Sistem
Pengoperasian Windows, Microsoft Office dan anti-virus.
Switch
hub dan router SchoolNet hendaklah sentiada dalam keadaan baik bagi
memastikan capaian Internet tidak terganggu.
Waktu
Operasi
Pusat
Akses Sekolah beroperasi pada masa seperti berikut:
•
semasa waktu persekolahan
• selepas waktu persekolahan
• selepas waktu persekolahan
Digalakkan
beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada
pengawasan oleh Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah yang boleh menjamin
keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.
Pengguna
Keutamaan penggunaan diberikan kepada murid.
Keutamaan penggunaan diberikan kepada murid.
Warga sekolah seperti pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan juga
boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah.
Cadangan
Aktiviti
Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:
· Mencari
maklumat daripada Internet untuk pembelajaran.
· Mengakses
sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan
digital yang berkaitan (e-Learning).
· Menyediakan
tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran.
· Berkomunikasi
dengan guru dan murid lain melalui e-mel.
· Berkolaborasi
dengan murid lain.