Monday, December 28, 2015

Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep  ala “cyber cafe” tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi  membolehkan murid membuat pembelajaran  kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan  akses kendiri. 
























Pusat Akses Sekolah merupakan satu bentuk sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia membolehkan warga sekolah  khasnya murid mendapatkan maklumat dan  berkomunikasi melalui penggunaan teknologi maklumat. Proses pembelajaran di Pusat Akses Sekolah boleh berlaku pada bila-bila masa. Murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah pada waktu terluang mereka dan guru bertindak sebagai pemudah cara dengan  membuat pemantauan dari semasa ke semasa. 

Pusat Akses Sekolah memenuhi gaya pembelajaran murid yang pelbagai dan  mempertingkatkan mutu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat celik maklumat dan berdaya maju menerusi pendidikan sepanjang hayat. 

Matlamat 
·         Membudayakan penggunaan ICT di sekolah 
·         Mengurangkan nisbah komputer dengan murid 
·         Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid 

Objektif
·         Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat. 
·         Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri                     dengan lebih berkesan. 
·         Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pembelajaran

Pengurusan dan Pentadbiran


Pihak pentadbiran sekolah sebagai pelaksana hendaklah mewujudkan Jawatankuasa Pusat  Akses Sekolah. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah:

·         Merancang, merangka dan melaksanakan dasar penubuhan Pusat Akses Seolah
·         Memantau pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan Pusat Akses
Sekolah Memastikan semua aspek keselamatan Pusat Akses Sekolah diutamakan
·         Membuat perancangan kewangan berikut untuk dikemukakan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi memasukkan dalam AnggaranBelanja Mengurus (ABM)
·         Memastikan setiap laporan yang berkaitan dengan pengurusan dan  pentadbiran Pusat Akses Sekolah  dikemukakan kepada pihak yang  berkenaan. 

Susun Atur dan Peralatan

Ditempatkan di satu lokasi sahaja dan  bersesuaian dengan ruang yang terdapat di  sekolah. Keluasan minima bagi pusat akses  adalah 22.5 m2  (satu bay).

Sekolah akan menerima 10 buah komputer,  satu switch 24 port, satu pencetak, dan  perabot.

Peralatan tersebut dirangkaikan dengan  rangkaian setempat dan dihubungkan dengan  talian SchoolNet.

Perisian yang dibekalkan bersama dalam  setiap komputer ini termasuk Sistem  Pengoperasian Windows, Microsoft Office dan  anti-virus.

Switch hub dan router SchoolNet hendaklah  sentiada dalam keadaan baik bagi memastikan  capaian Internet tidak terganggu.

Waktu Operasi
Pusat Akses Sekolah beroperasi pada masa  seperti berikut:

• semasa waktu persekolahan
• selepas waktu persekolahan


Digalakkan beroperasi pada hujung minggu  dan cuti sekolah dengan syarat ada  pengawasan oleh Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah yang boleh menjamin keselamatan  peralatan dan boleh memantau penggunaan.
Pengguna


Keutamaan penggunaan diberikan kepada  murid.
Warga sekolah seperti pentadbir sekolah, guru,  dan staf sokongan juga boleh menggunakan  kemudahan Pusat Akses Sekolah.

Cadangan Aktiviti


Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk:

·         Mencari maklumat daripada Internet untuk  pembelajaran.
·         Mengakses sumber maklumat seperti  buku-buku, bahan bercetak atau bahan  digital yang berkaitan (e-Learning).
·         Menyediakan tugasan dan slaid  persembahan berkaitan dengan  pembelajaran.
·         Berkomunikasi dengan guru dan murid  lain melalui e-mel.
·         Berkolaborasi dengan murid lain.